About
Aku ni bukan menteri, bukan selebriti, bukan reporter, bukan ketua kampung juga bukan bisnesman jadi sapa lah yang nak dengar apa yang aku kata. Aku buka blog ni sebab gatal tangan nak menulis kalau ada yang sudi nak baca…. silakan. Aku ni selalu baca blog yang ada tapi kebanyakannya dalam bahasa omputeh.. kenapa blog bahasa Melayu tak ada standard ker? Kalau bukan orang Melayu yang martabatkan Bahasa Melayu sapa lagi.. Korang jangan lupa bahasa Melayu juga digunakan oleh berbillion orang seluruh dunia tau..
Takkan Melayu Hilang Di Dunia.. Kalau Bukan Melayu Sendiri Yang Hilangkan…
Tapi walau bagaimanapun oleh kerana bahasa omputeh ni dah jadi bahasa antarabangsa, maka ada beberapa sebutan atau ayat di dalam blog ini yang menggunakannya. Ini terutamanya untuk perkataan-perkataan yang biasa digunakan untuk blog/internet/laman web. Agak sukar juga kalau aku tukar dari bahasa omputeh ni ke bahasa Melayu.. Bukan sukar nak tukar tapi jadi sukar nak faham.. jadi harap maklum.
Blog ni adalah blog peribadi yang aku isikan dengan apa sekali pun samada berita, lawak, iklan, isu semasa, tip untuk blogging, pendek kata apa-apa ajelah…
Nak bertukar-tukar link? boleh aje.. lagi ramai lagi bagus kan.. Copy & paste kan link blog ni lepastu inform aku(guna email boleh, guna shout box tu pun boleh) lepas tu aku akan link back. Ok.. terima kasih sebab sudi mengunjungi blog de-malaysian ni…




