Mapiau…mapiau…mapiau
Suara nyanyian beberapa lelaki sambil mengibarkan kertas.. Berapa? 30 sen… kertas bertukar tangan. Pemandangan macam ni biasa aku tengok samada kat tempat aku ker, atau kat tempat lain. Samada kat bandar atau kat kampung (dekat dengan pekan). Selalunya waktu malam kegiatan ini berleluasa dan pada malam-malam tertentu jer. Tempat sasaran, yang dekat dengan perhentian bas atau teksi, dekat depan mesin ATM atau di kawasan parking.
Aku tak kisah sangat tentang diorang yangterlibat dengan mapiao ni. Maklum lah aku tak perlukannya pun. Tapi apa yang aku tengok kadang kala gelagat diorang ni mengganggu orang yang lalu lalang dan ada juga yang buat orang kelam kabut kat jalan raya. Iyelah kalau dah keta depan kita tetiba berenti dengan mengejut sebab nak beli mapiao kan buat orang jadi kelam kabut.
Kekadang tu, diorang sekali berjalan berkumpulan dengan gaya macam samseng lagi. Tengok muka pun seram.. Ada lagi satu yang aku perasan, sejak kebelakangan ni para penjual mapiao ni terdiri dari kanak-kanak. Aku rasa macam tak sesuai keje ni buat kekanak. Tengah keta bersesak-sesak kat lampu trafik sempat lagi tu mencelah sambil jual kertas. Heh tak sayang nyawa betul la.
Untuk pihak berkuasa, tolong tetengok lah ada tak garis panduan buat diorang yang cari makan dengan menjual mapiao ni. Kalau tidak nanti diorang bukak office bebetul kat tepi tiang lampu traffik senang nak hulur kat pelanggan…. amacam….
7 Responses
kreuger
July 24th, 2008 at 11:58 pm
1Salam bro.
Bercakap pasal kesah al-kesah mapiau ni… teringat kat member baik aku. Pantang jer lalu kat satu lorong tuh… mesti dia nak uturn… memula tuh aku tak berape nak syak laa.. upenye die u turn sebab nak p sambar kertas mapiau ni… cheh buang karen betoi la..
Hahaha… ok lupakan kesah umpat mengumpat ni. So dengar your daddy got a health problem? So how he now? Is it better?
….eh tak suke betoi laa mengarut taip omputeh. Tak best.. rase macam tersepit jari kat keyboard… So ayahnya saudara sudah semakin pulih ke?
Sampaikan salam ku sebagai sahabat blogger untuknya. Semoga dia cepat sembuh. Amin~
Kreuger®
BaniHassim
July 25th, 2008 at 1:20 am
2sori Bro…
aku ni bodoh sket…
mapiao ni ape??
btol2 tatau nih…
hamppes….
nazri
July 25th, 2008 at 12:49 pm
3to banihassim,
mapiou ni, kertas keputusan nombor ekor yang keluar lebih awal dari surat kabor…
nazri
July 25th, 2008 at 12:54 pm
4Buat bro kreuger,
Terima kasih sebab bertanya, alhamdulillah keadaanya dah semakin pulih dan lepas ni kena pegi cuci darah (hemodialisis) 3 kali seminggu.
Ni yang kepala tengah pening ni, sekali cuci paling kurang RM150-200×3 kali seminggu x 4 minggu sebulan = RM2400
Tapi tak pe.. demi orang tua aku, aku akan cari jalan….
kerdipanbintang
July 27th, 2008 at 7:57 pm
5salam nazri,
harap-harap kali ini boleh masuk. saya ikut cara kat chat..
tentang mapiao ni, saya teringat semasa kat kota kinabalu sabah dulu. Bila saya pergi je kat pasar phillipines (nama kedai di sana), pasti budak mapiao ni berlari kat kita. kecik lagi. saya rasa bebudak sek ren lagi..
yang peliknya tadak tindakanpun dari mana-mana pihak. mereka bebas semacam. memang mereka nampak samseng tp setakat saya di sana tadak lagi berlaku apa-apa. Diorang hanya jual mapiao je…
kesian juga tengok bebudak kecik jual kertas tu. berlari sana berlari sini.. dieksploitasi.
atoiaziz
September 2nd, 2008 at 6:19 pm
6oo, mapiao ni pasal nombor ekor ye
cis, agak xbagus bagi kanak2 maen dajal tu sume\
*eh, mental tetibe
BaniHassim
October 3rd, 2008 at 5:24 pm
7Nyimpen jenang nang jero tin, arek digowo mareng suro, keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.
Bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.
Buko poso lawuh’e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh-akeh,
kito 0-0 eh!
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
BlogUpp
Sponsored Ads
Pages
My blog is worth $564.54.
How much is your blog worth?
Contact
Recent Posts
Recent Comments
Categories
Archives
Let's Talk
Free chat widget @ ShoutMix
RSS FEED - Dapatkan blog percuma - BloggingPro theme by: Design Disease