Eh tengok tajuk tu bebetul, bukan RM600juta tau tapi RM600.. Iyelah sebagai rakyat Malaysia dan satu-satunya negara dalam dunia yang bagi rakyatnya duit minyak aku pun tak nak ketinggalan. Walaupun kalau ikut kiraan aku (lebih kurang 16 kali kira) entah kat mana silapnya tetap tak cukup jugak.. pelik betulla… Tak mungkin kerajaan salah kira kan?
Beberapa hari yang lepas, selepas aku jemput ayah aku balik dari hospital (ayah aku akhirnya kena bedah, nanti aku cerita panjang sikit kat post yang lain) aku terus singgah kat Pejabat Pos. Pertama kali aku datang Pejabat Pos sebab nak mintak duit sebelum ni kalau pegi Pejabat Pos mesti ngabiskan duit punyalah. Aku ni sebenarnya dah lama tak pegi Pejabat Pos, selama ni aku bayor bil guna internet jadi pejabat pos ni aku cuma nampak bila aku menoleh sewaktu melintasinya lah.
Wah, pejabat pos kat tempat aku dah pakai pintu cermin dah, macam kat bank lah… Sekali lagi wah, dah pakai sistem nombor giliran. Satu dua satu.. kaunter dua…! kata mesin tu… Aku ambik nombor dan tunggu giliran aku.. Apasal aku rasa lain aje ni? Tak macam dalam bank yang biasa aku masuk.. Apa yang lain yer?
La.. baru aku perasan, kebanyakan muka orang yang ada kat situ masam belaka. Patutlah panas jer… Aik, kaunter ada 3 tapi yang bukak 1 setengah.. sebab kejap ada kejap tak der.. Aduh aku lupa mintak borang.. “dik, mintak borang untuk claim duit road tax tu..” Tanpa tengok muka aku… “nah, lain kali ikut giliran kalau nak ambik borang..” Terperanjat aku, nak ambik borang pun kena ikut nombor…
“Tak pelah dia penat kot…” bisik aku. Aku isi borang sambil tanya orang sebelah aku sebab macam biasalah borang dari jabatan berkaitan kerajaan memang sampai sekarang aku susah nak paham. Tak taulah mungkin diorang guna kaedah dari zaman P.Ramlie yang sampai sekarang tak tukar lagi.
Ting.. nombor aku naik.. aku pun dengan dengan lajunya pegi ke kaunter.. aku hulur borang. “Huh, muka awak lagi..” aku kena herdik lagi.Kali ni aku dah mula rasa panas. Tak pe sabor…duit punya pasal. “Mana IC awak, bagilah sekali tak sekolah ker?”Oih sedapnya bahasa.. tak per duit belum dapat lagi. “Hah cap jari, tangan kiri tau jangan pakai hidung pulak..” Panas dah sampai telinga… “Nah kira, jangan nanti dah keluar kata tak cukup pulak..” Aku kira satu, dua, tiga….. hah cukup… masa untuk pembalasan Si Pitung.. Aku pun tanya elok-elok kat kat kerani tu.. ” Boleh tanya tak..?” “Sapa nama awak?” Kerani tu dengan muka cipan kata ” Hah kenapa nak berkenalan ker?.. tak hingin aku dengan orang muka macam awak ni…”
“Bukan nak berkenalan, tapi nak pindah kan awak jadi tukang jaga motor posmen kat belakang” “Kalau dengan perangai awak yang macam musang lapor ni.. aku lagi 365 kali tak hingin… tentu menyesal sesapa yang jadi laki ko”. Puas hati aku… ” Hah nak komplen, komplen lah apa aku heran.” kata kerani ngok tu. “Ok kalau itu yang ko nak..” jawab aku. Serta merta aku telefon member aku (tak yah lah aku sebut keje kat ne dan jawatan ape). aku mintak dia datang sekarang jugak.
Dekat 30 minit aku tunggu member aku datang.. tak lama aku nampak sebijik Perdana Eksekutif hitam masuk. Yes, dia dah datang.. Member aku keluar dengan muka pucat, dia tanya “apasal ni, apa yang urgent sangat?” Aku pun bagitau apa yang jadi. Kemudian aku pun masuk semula ke Pejabat Pos dengan member aku tu. Korang tau apa jadi, muka kerani tu dah jadi macam muka hantu Cina. Pucat tak de darah..
“Sekarang cakap lah semula apa yang ko cakap kat aku tadi” aku mintak kerani tu ulang apa yang dia dah cakap. Senyap, tunduk, kaku macam kayu… puas hati aku…
Tapi walau macamana pun perkara tu selesai selepas dia mintak maaf dengan aku. Aku tau mesti dia bengang dengan aku punya.. tapi peduli apa aku.. kalau nak keje, keje lah dengan berhemah…..
2 Responses
BaniHassim
July 25th, 2008 at 1:42 am
1woo…
standing ovation la utk ko nazri..
padan muke kerani siuut tu…
xde budi bhse langsung…
Sib baikla ko sound lepas duit tu dah ade kat tgn ko…
Kalau x, takut dier xmo bagi..
Kuajar sungguh bhs…siuut je…
Panas je kupinge delokke…
Sape xpns tinge dgr kerani kuajar camni…
xkn colleagues dier xtego…
Siut jeee…
Geram aku nih..
Tpi ko dah bg taste of her own medicine…
Br padan muke…rasain…!
ogGy
December 21st, 2008 at 1:20 am
2Baguslah ko bahasakan kerani tu.Partama kali aku dengar kerani bersikap macam tu.Huh padan muka dia…
Bro,add link ke blog aku leh ? t aku linkan blog ko kat blog aku.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
BlogUpp
Sponsored Ads
Pages
My blog is worth $564.54.
How much is your blog worth?
Contact
Recent Posts
Recent Comments
Categories
Archives
Let's Talk
Free chat widget @ ShoutMix