Salam sejahtera..
Tetiba jer aku teringat masa aku kekecik dulu aku telah ‘diarahkan’ untuk pegi mengaji… abah aku lah yang suruh tu.. Rumah guru mengaji tu lebih kurang 2.5 km dari rumah aku dan aku kena pegi mengaji waktu malam pulak tu. Paling malas aku nak pegi mengaji kalau malam tu ada cerita Combat.. tengah mengaji pun boleh teringat Vic Morror lah, Rick Jason lah… Oh ye ada lagi, crita Space 1999 ngan The Six Million Dollar Man.. pendek kata tetiap malam.. malas gi ngajilah.. he he Masa tu mana ada api letrik kalau nak tengok TV kena guna bateri keta ataupun generator, jalan tar… mana ada… yang ada jalan merah batu kerikil kalau hujan berselut.. hampeh..
Aku kalau nak pegi mengaji pukul 6:30 petang aku dah pegi dah nak basikal cabuk lagi tu.. korang tau pasal apa? Sebab nak pegi rumah guru mengaji tu kena lalu kawasan kubur. Entah kenapa waktu tu aku takut betul bila lalu kubur, mungkin sebab orang selalu kata kat kubur ada hantulah, ada jembalanglah, ada poconglah dan memacam lagi ayat yang kurang sedap tentang kubur nih. Sampai aku sanggup tak balik dari rumah guru mengaji aku sebab aku orang yang last dan tak de kawan saing untuk balik. Last-last abah aku datang jemput…
Tapi bila dah berumur nih…(macam tak caya lak).. aku rasa kita kena ubah presepsi tentang kubur pada anak-anak kita. Bukan ke semua orang akan ke situ, dah tempah ke belum tetap ke situ gak. Janganlah lagi kita kata kubur tu pusat segala hantu bagilah pandangan yang positif sikit. Kekadang aku pelik, terutamanya pada orang yang gila memancing.. pegi mancing tengah malam duduk sesorang kat tepi sungai tak takut walhal kalau nak cerita pasal hantu kat memana pun ada hantu. Tapi cuba suruh duduk kat kubur memalam.. “tak nak aku…tobat aku…!”.
Sapa lah agaknya yang memulakan cerita negatif pasal kubur ni yer? Sampai kita orang Melayu nih sentiasa dibayangi hantu-hantu yang berbagai spesis tu.. Agaknya kalau kita nak atasi masalah ni, kita kena buat piknik kat tepi kubur atau adakan aktiviti-aktiviti sihat yang berdekatan kubur barulah kita boleh berubah kot. Ye lah kalau dah selalu ada
kat kubur hantu pun fed up, pindah lah dia tu nanti. Yang si hantu ni pun satu, buat apa duk kat kubur.. duduk lah kat kelab malam ker, pub ker, rumah urut ker kan ke nyaman sikit.. he he
Oklah .. ubahlah pandangan kita pada kubur… rumah akhir kita semua tuh…
One Response
kreuger
July 21st, 2008 at 9:53 pm
1Erm.. teringatkan mase zaman mengaji skolah dulu best jugak kan. Nasib le umah uztaz ngajar ngaji tuh tak lalu pon kawasan kubur.
Biasenye time pg mengaji adalah waktu paling best utk berjumpe kengkawan. Macam-macam citer nak sembang. Setiap orang pade mase tuh mesti ade benda nak show off dengan kengkawan.
Kalau tak main kejar-kejar selepas mengaji tak sah… hhehehe… pengalaman best mase zaman skolah tak mungkin dilupaka.
Kreuger®
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply