Bahang..bahang… dan semakin membahang…
Itu yang aku boleh simpulkan kesan keadaan ekonomi kita sekarang ni. Bagi sesetengah pihak kesan tu belum dirasakan sangat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan tinggi melangit tuh. Tapi bagi oorang yang gajinya seciput dah mula rasa bahangnya. Manakan tidak gaji seribu belanja yang ‘wajib’ keluar seribu setengah. Kacau dibuatnya…

Masa nilah banyak permintaan anak-anak yang terpaksa ditolak walaupun berat hati. Kena berjimat untuk kegunaan lain.. itu plan nya. Menjadi tidak, itu nombor dua. Belanja dapur pun dah kena catu, banyak perancangan yang terpaksa dibatalkan atau ditunda sebab nak tengok apa akan jadi seterusnya. Itu antara kekesan yang mula menonjolkan dirinya pada kebanyakan keluarga sekarang nih.

Tapi yang paling haru… keluarga jadi kacau bilau. Ada seseorang yang aku kenal dah mula tak tinggal dengan bini dia gegara mintak bantuan sikit dari bini buat belanja. Bininya tak puashati balik rumah mak bapak dia. Jiran aku (mengumpat nih) hehari aku dengar riuh rendah bertekak pasal duit. “Takkan beli susu anak pun abang dah tak mampu..” “Dulu sibuk sangat nak anak, sekarang tanggunglah…” Antara ayat yang aku tersekodeng…

Bayangkan baru beberapa hari kenaikan harga minyak diumumkan, bebenda macam nih dah jadi. Apa akan jadi lagi 6 bulan..? mau bercerai berai kalau masalah ni tak disattlekan secara berhemah. Kat office aku ada yang dah mula tak makan tengahari atau bawak bekal aja dari rumah. Semua orang dah pandai matematik sekarang nih… baguskan. Dah tak ada lagi perkataan “keep the change”… diorang dah tukar kepada “where is my change..?”.

Ada juga yang dah berkira-kira nak tamatkan perkhidmatan Astro… membazir katanya (dulu tak cakap pulak). “Aircond ‘ON’ bila ada tetamu saja tau”.. pesan seseorang pada anak dan isterinya. Pegi memana cari laluan yang tak ada atau kurang toll… juga sebab nak jimat. Basuh keta bila hujan (basuh dalam hujan) sebab kerajaan negeri menipu kata nak bagi air “free” tapi sampai sekarang bagi alasan “free” ajer..

Macam tulah ‘powernya’ kesan ekonomi dalam kehidupan kita.. Itu baru sikit yang aku penah dengar atau tengok, yang kat luar sana entah apa lagi ceritanya..