Cerita ni cerita betul yang jadi pada sorang kawan aku, dia ni boleh dikategorikan spesis ‘buaya’ juga lah. Kawan aku ni dah beranak bini pun, anak dia empat orang semuanya. Korang tau, hobi kawan aku yang sorang ni sebelumnya dia suka melepak aje kat kedai kopi ke, simpang jalan ke atau memana yang ada kengkawan dia melepak lah. Tapi semenjak-dua ni batang hidung dia pun tak nampak. Rerupanya dia dah tukar hobi… dari melepak kat simpang bertukar melepak kat siber kafe [CC].
Aku ingat dia melepak sebab join group yang main forex tu, tapi lain rupanya. Dia melepak sebab chating, dia dah dapat satu awek cun katanya. Lama jugaklah dia dok melepak kat siber kafe ni. Asal malam aje kalau nak cari dia, cari aje kat siber kafe.. gerenti jumpalah. Ada sekali tu aku ikut pegi siber kafe tempat dia melepak, tengok dia mengayat awek tu, mau hancur kalah romeo punya ayat. Dia ada tunjuk gambar awek tu, memang cun masih study kat universiti belah utara.
Dia kata dia pun ada antor gambor dia.. tapi yang dah editlah. Entah apalah kata bini nya kalau dia tau, mau perang dunia ketiga.
Tapi ada satu perkara yang berlaku kekira sebulan lepas tu.. member aku ni langsung tak keluar rumah. Kitorang tak taulah apa sebabnya.. apa yang kitorang sangka tentu bini dia dah tau jadi kena rantailah jawabnya. Itulah cari bala…
Sebenarnya apa yang kitorang sangka tu meleset. Cerita sebenarnya kawan aku tu dah terkantoi, bukan oleh bini dia tapi adik ipar dia. Awek yang selama ini dia chat tu sebenarnya adik iparnya. Dedua tak tau sebab keduanya sesama menipu. Latar belakang… menipu, gambar yang dihantar pun dedua menipu. Jadi satu hari kawan aku tu plan nak jumpalah ‘gadis idaman’ dia tu. Dengan plan yang baik sekali.. dia bagitau bini dia nak pegi memancing kat belah utara. Bini dia tak syak apape jadi, oklah katanya.
Sampai aje tempat yang dijanjikan… dia terserempak dengan adik iparnya yang tetiba pulak boleh ada kat utara juga. Apa lagi sembang punya sembang terpecah lubang.. Bagai nak rak kawan aku tu merayu kat adik ipar dia jangan bagitau kat bininya pasal hal tu. Tapi entah macamana adik iparnya satu hari tercerita [tak sengaja tau] kat kakak dia. Apa lagi, meletuplah..
Sejak dari hari tu..kemana aje kawan aku tu pegi dia mesti bawak salah sorang anak dia. Bodyguard merangkap reporter untuk emak dia. Apa nak buat, tak de penyakit cari penyakit..
One Response
Giler Graphic
May 31st, 2008 at 12:17 pm
1hakhak..padan muka.
kan da kena..
keke..
dulu amse skolah.. penah gak main chatting ni.
sampai balik petang2.
hihi tapi chatting mengenakan orang.
masa tu guna MIRC kan..
pakai nama Haikal_ensem.
hikhik..padan muka pompuan2 yang di tipu tu..
mwahkkaaka ajak jumpa tapi org nyer tak wujud pon.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply