Minat pulak aku dengan advertisement yang aku jumpa dalam paper ni.. iklan ni dari sebuah syarikat pengeluar kereta tempatan.. Tajuknye “Petua Menjimatkan Minyak” maklumlah zaman minyak tengah mahal nih…

kita tengok iklan yer…

Ni yang best sekali… rasanya maksud dari iklan tu selain dari petua yang di atas, cara untuk menjimatkan minyak adalah dengan membeli kereta diorang…

Korang perasan tak, kita ni selalu “dibekalkan” dengan iklan yang macam ni. Soalannya sejauh mana keta yang diiklankan tu bebetul menjimatkan minyak? Selalunya iklan macam ni mesti ada fakta-fakta bertulis tapi selalunya kecik aje kat bahagian bawah ke, tepi ke yang kita malas nak baca. Memang aku penah di bagitau.. dari kajian diorang keta ini memang jimat minyak untuk keta yang sekelas dengan dia aja tau… Jangan bandingkan dengan keta yang lebih besar pulak..

Ok lah apa kata kita beli keta ni… tapi tak menjimatkan macam yang diiklankan.. atau dia memang jimat tapi untuk setahun aje.. apa yang kita boleh buat? boleh ke kita mintak keta baru sebagai ganti atau mintak gantirugi lain. Aku bukan nak kondem keta negara kita, tapi janganlah iklan kan macam keta ni perfect untuk jimatkan minyak. Aku taulah orang Malaysia sekarang ni tengah terdesak carik jalan macamana nak kurangkan duit belanja minyak… ambik kesempatan betul..