He he he… Ada ke bomoh duit? Aku tau lah sekarang ni zaman tengah tak menentu, harga barang makin melambung naik. Dengar aje perkataan duit… semua bukak telinga besar-besar. Sebab ekonomi tak menentu lah semua orang carik jalan macamana nak tambah pendapatan… maklumlah nak bagi makan anak bini. Macam-macam ada.. ada yang bela ayam kampung, ada yang berjual kat pasar, ada yang bukak bisnes internet.. senang cerita banyaklah…
Tapi dalam bebanyak tu ada pulak yang tambah pendapatan dengan meningkat kan pelaburan di saham 4D. Ha.. yang ini bagus kalau nak kaya cepat. kalau nak miskin cepat pun boleh jugak. Pendekkan cerita, aku ni memang tak boleh dengar sesuatu yang pelik sikit. Rasa nak tau tu memang menebal lepas tu cariklah info kat memana. Apa yang aku nak ceritakan ni kisah benar yang jadi pada aku dengan kengkawan aku.
Satu hari kengkawan aku ajak lepak kat depan rumah sambil main takraw. Dalam melepak tu terbukak cerita pasal ekonomi tak baguslah.. beras naik hargalah dan memacam lagilah. Sembang punya sembang sorang kawan ku ni yang memang kaki nombor ajak kitorang pergi jumpa bomoh nombor. Dia kata bomoh ni power.. semua yang pegi gerenti kena punyalah “minggu lepas ada sorang tu kena 6D korang tau”. kata member aku. Alamak seumur hidup aku, sekali pun aku tak penah beli nombor apa benda 6D .. 4D nih?. Nak tau punya pasal aku setuju ikut diorang, aku ingat percuma rupanya kena keluar modal… hai terkena aku RM200.00.
Tiga hari lepas tu kitorang pun siap-siap dan bedesup pegi rumah bomoh tu kat Taman Sri Andalas Klang (waktu malam). Aik takkan bomoh tinggal kat Taman … aku cakap dalam hati aje. Sampai aje.. walammak ramainya orang.. macam kat klinik kena tunggu giliran. Dah moden bomoh sekarang ni rupanya. Rumah besar kereta “Merc” lagi …korang ingat apa macam dedulu ke pakai kain pelekat tak pakai baju… Tak main lah. Ok turn kitorang pulak…
Ada bawak tak “anak kerak” tu? Bomoh tu tanya… orangnya muda tak muda tua tak tua. Umur… aku tak tanya pulak. Hah anak kerak.. apa benda nih? Member aku keluarkan sesuatu dari dalam beg kecik yang dibawaknya. Satu benda yang dibalut dengan kain kuning.. Bila dibukak baru aku tau… anak kerak tu rupanya nama sebilah keris… kecik aje keris tu. Ha.. mana RM500.00 tu.. ini untuk 6D kan? tanya bomoh tu. Member aku mengangguk.. lepas tu dia hulurkan duit dengan satu bungkusan barang yang memang aku tak tau apa ke bendanya.
Bila dibuka kat dalamnya ada bunga, kain putih, limau dengan bekas tupperware putih. Tutup lampu kata bomoh tu. Tap….gelap, alamak seram aku… meremang segala bulu yang ada. Tetiba kitorang dikejutkan dengan bunyi petir yang kuat… lepas tu ada cahaya macam laser cerita star wars bebetul kena kat tupperware. Semua senyap…. aku rasa kalau buang angin pun semua orang dengar, punya lah senyap. Pap… lampu menyala semula…
Nah barangnya.. bomoh hulurkan tupperware kosong lepas tu dia suruh kitorang balut dengan kain putih. “Bawak balik tanam dalam tanah dan jangan bukak sampai pukul empat petang besok paham?… jangan bukak tau”. “Kalau nak bukak mesti semua yang ada nama saja yang boleh tengok”. Penerangan dari bomoh tu… Balik aje kitorang terus pergi rumah salah sorang kawan aku dan tanam benda tu. Heh.. seram, rasa macam ada benda aje kat belakang maklum lah tengah malam.
Besok pukul 3:00 member aku call ajak kitorang tengok “rezeki” kata dia. Aku dah tak sabar-sabar nak tengok magic ni. Tepat pukul 4:00… jeng jeng jeng… kitorang bukak bungkusan tu. Wow… memang ada nombor yang tertulis dengan warna merah kat kain tu. Ada 6 nombor semuanya. Seingat aku malam tadi kain putih tu suci bersih dan tak ade kesan tertulis apa pun. Ok, sekarang kita pegi beli saham… kata member aku. Diorang nak beli kat Jenjarum.. aku tak nak sebab situ ramai member dan aku tak penah beli jadi segan lah aku. Jadi keputusannya pegi beli kat Klang yang dah tentu ramai Cina.
Tak sabor tunggu keputusan besok…
Besoknya… member aku telefon.. tapi macam tak best aje bunyi nye… apalah nombor tu pusing lah. Korang tau apa yang jadi… aku bagi contoh ya.. kitorang beli 123456 tapi dia kuar 654321 ada ke patut. Member aku telefon bomoh tu, dia kata ada antara korang yang hatinya tak seiring ni.. kata bomoh tu. Alasan biasalah tu… Hai apa nak buat… tak ada REZEKI…
Sebenarnya selepas dari hari tu adalah tiga kali aku ikut diorang pergi jumpa bomoh la.. mengangkung la, semua pengalaman yang berbeza… tapi niat aku, sebab aku nak tau tapi bukannya nak duit nombor. Sampai sekarang, alhamdulillah aku belum penah dapat atau guna duit hasil nombor ekor. Tapi pengalaman yang aku dapat memang cukup bermakna… Oh patutlah bomoh tu pakai Merc… bayangkan satu team dia kenakan RM500.00 kalau satu malam dia layan 10 team dah berapa tu… kaya pak cik kaya….
Lagi baik cari duit tambahan dengan jadi bomoh dari beli nombor ekor… dedua pun tak betul kan…
2 Responses
Jagung
May 24th, 2008 at 10:21 pm
1Assalamualaikum.
Memang banyak bomoh penipu camni. Kalau betul, nape keja bomoh lagi. Penah satu kali, dapat panggilan dari seorang kawan ajak datang rumah dia. Nak tunjuk benda katanya. Dah jumpa tu dia tunjuk duit note RM50 yang kononnya ditukar daripada daun kayu secara magic oleh seorang bomoh power.
Bila saya tengok, sah! Duit palsu! Ribu jugak jumlahnya. Kawan cakap, bomoh suruh habiskan duit magic tu dalam masa 40 hari kalau tak jadi daun kembali (mungkin sebenarnya nak elak dari pengecaman mesin sebab ianya sentiasa di upgrade untuk mengecam duit palsu versi terbaru). Kawan saya cakap dia bayar upah kat bomoh power tu RM400. Kena tipu rupanya..
Nazri
May 24th, 2008 at 10:44 pm
2Betul tu… banyak benda sekarang ni kita kena berhati2.. Orang dah semakin terdesak dah tak peduli apa cara pun yang penting jadi duit… Ada sekali tu aku ikut member “tarik duit”… semua penipu lah .. nantilah aku ceritakan….
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
BlogUpp
Sponsored Ads
Pages
My blog is worth $564.54.
How much is your blog worth?
Contact
Recent Posts
Recent Comments
Categories
Archives
Let's Talk
Free chat widget @ ShoutMix