Alamak.. ini la soalan yang aku malas nak jawab.. Setiap kali nama ni terpampang, ada aje orang nak tanya. Mungkin nama tu pelik sikit kot…. TPG tu singkatan untuk Telok Panglima Garang. Mungkin nama tu tidak lah sepopular Mawi ke M. Nasir ke, atau Britney Spear.. tetapi bila sebut aje orang mesti nak tau sebab apa nama nya macam tu. Sejarah asal nama tu aku sendiri kurang jelas sebab ada berbagai versi yang disampaikan pada aku.
Tetapi versi yang paling popular, kononnya pada satu ketika dulu ada seorang panglima [tidak diketahui namanya] telah singgah di pekan ini. Ya lah zaman dulu tentulah naik kapal.. panglima lah katakan. Di pendekkan cerita, kononnya panglima ni bukan calang-calang orang dan terkenal dengan sikapnya yang garang. Oleh kerana tempat ni belum bernama maka dengan
itu nama Telok Panglima Garang telah digunapakai sehingga ke hari ini. Kenapa ada telok pulak? Sebabnya dulu tempat singgah panglima tu adalah kawasan teluk….
Telok Panglima Garang ni terletak diantara Klang dan Banting di daerah Kuala Langat… betul-betul kat tengah antara Klang dan Banting. Tempat ni dalam proses pembangunan lagi. Korang boleh jumpa kampung, pekan dan kawasan perindustrian kat sini. Kalau nak cari pantai kena pegi ke Pulau Carey. Kat sini boleh jumpa semua bangsa Malaysia, Melayu, Cina dan India. Bangsa melayu pulak ada Jawa, Banjar dan Bugis. Tapi sekarang dah ramai Bangla, Myanmar, Nepal dan Vietnam kat sini…heh heh
Kampung yang berdekatan… Kg Sijangkang, Kebun Bharu, Sg Rambai, Jenjarum, Jalan Kebun, Johan Setia dan Pandamaran. Oleh kerana letaknya kat tengah-tengah jadi tak susah kalau nak ke KLIA, Pelabuhan Klang, KL ….
Apa lagi ya… nantilah aku up date kalau ada info yang baru…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply