Email… setiap hari aku terima email… heh heh. Adakalanya dari kengkawan, ada juga dari kompeni yang buat bisnes dengan aku. Maklum lah dunia dah canggih sekarang ni, orang pun dah tak susah-susah macam dulu. Nak hantar maklumat… taip aje lepas tu send. Senang betul sampai orang nak bercerai pun guna email. Itu lah realiti yang kita kena hadapi… kan kita dah maju.
Tapi semenjak duamenjak ni aku kerap terima email iklan. Apa yang aku nak katakan ni, sebenarnya aku rasa pelik macamana email iklan tu tak termasuk dalam folder spam email aku. Bukan ke sepatutnya begitu, sebab mesej tu dihantar secara pukal. Aku rasa macam ada yang tak kena.. macam ada pakatan antara pengiklan dengan penyedia perkhidmatan. Cuba kita bayangkan kalau sekarang ni katakan ada sepuluh syarikat yang gunakan kaedah ni, mungkin kita boleh terima lagi. Tapi kalau nanti dan beratus syarikat yang guna cara ni, alamat penuh lah folder aku setiap hari.
Ni ada lagi satu hal yang aku tak faham.. kerap aku terima panggilan telefon yang offer hotel lah, seminarlah dan macam-macam lagi lah. Dari mana diorang dapat nombor aku ni? Bila aku tanya dengan sipemanggil dia tak nak dedahkan sumbernya. Ada kawan aku beritahu diorang dapat nombor tu dari syarikat kad kredit. Aku tak tau lah sahih ke tidak cerita tu. Tapi kalau betul bermakna data peribadi kita sewaktu buat permohonan tu boleh dijual belilah ye.. Kalau bukan dari sumber tu dah tentulah dari sumber lain yang ada kena mengena dengan borang data peribadi yang kita submit pada mana-mana syarikat, bank atau badan.
Walau apapun nampak gayanya data peribadi kita dah jadi data awam lah nampaknya….
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply