blog demalaysian

Apa ajer yang masuk dalam RADAR aku..

Budak mapiao

Mapiau…mapiau…mapiau

Suara nyanyian beberapa lelaki sambil mengibarkan kertas.. Berapa? 30 sen… kertas bertukar tangan. Pemandangan macam ni biasa aku tengok samada kat tempat aku ker, atau kat tempat lain. Samada kat bandar atau kat kampung (dekat dengan pekan). Selalunya waktu malam kegiatan ini berleluasa dan pada malam-malam tertentu jer. Tempat sasaran, yang dekat dengan perhentian bas atau teksi, dekat depan mesin ATM atau di kawasan parking.

Aku tak kisah sangat tentang diorang yangterlibat dengan mapiao ni. Maklum lah aku tak perlukannya pun. Tapi apa yang aku tengok kadang kala gelagat diorang ni mengganggu orang yang lalu lalang dan ada juga yang buat orang kelam kabut kat jalan raya. Iyelah kalau dah keta depan kita tetiba berenti dengan mengejut sebab nak beli mapiao kan buat orang jadi kelam kabut.

Kekadang tu, diorang sekali berjalan berkumpulan dengan gaya macam samseng lagi. Tengok muka pun seram.. Ada lagi satu yang aku perasan, sejak kebelakangan ni para penjual mapiao ni terdiri dari kanak-kanak. Aku rasa macam tak sesuai keje ni buat kekanak. Tengah keta bersesak-sesak kat lampu trafik sempat lagi tu mencelah sambil jual kertas. Heh tak sayang nyawa betul la.

Untuk pihak berkuasa, tolong tetengok lah ada tak garis panduan buat diorang yang cari makan dengan menjual mapiao ni. Kalau tidak nanti diorang bukak office bebetul kat tepi tiang lampu traffik senang nak hulur kat pelanggan…. amacam….

Eh tengok tajuk tu bebetul, bukan RM600juta tau tapi RM600.. Iyelah sebagai rakyat Malaysia dan satu-satunya negara dalam dunia yang bagi rakyatnya duit minyak aku pun tak nak ketinggalan. Walaupun kalau ikut kiraan aku (lebih kurang 16 kali kira) entah kat mana silapnya tetap tak cukup jugak.. pelik betulla… Tak mungkin kerajaan salah kira kan?

Beberapa hari yang lepas, selepas aku jemput ayah aku balik dari hospital (ayah aku akhirnya kena bedah, nanti aku cerita panjang sikit kat post yang lain) aku terus singgah kat Pejabat Pos. Pertama kali aku datang Pejabat Pos sebab nak mintak duit sebelum ni kalau pegi Pejabat Pos mesti ngabiskan duit punyalah. Aku ni sebenarnya dah lama tak pegi Pejabat Pos, selama ni aku bayor bil guna internet jadi pejabat pos ni aku cuma nampak bila aku menoleh sewaktu melintasinya lah.

Wah, pejabat pos kat tempat aku dah pakai pintu cermin dah, macam kat bank lah… Sekali lagi wah, dah pakai sistem nombor giliran. Satu dua satu.. kaunter dua…! kata mesin tu… Aku ambik nombor dan tunggu giliran aku.. Apasal aku rasa lain aje ni? Tak macam dalam bank yang biasa aku masuk.. Apa yang lain yer?

La.. baru aku perasan, kebanyakan muka orang yang ada kat situ masam belaka. Patutlah panas jer… Aik, kaunter ada 3  tapi yang bukak 1 setengah.. sebab kejap ada kejap tak der.. Aduh aku lupa mintak borang.. “dik, mintak borang untuk claim duit road tax tu..” Tanpa tengok muka aku… “nah, lain kali ikut giliran kalau nak ambik borang..” Terperanjat aku, nak ambik borang pun kena ikut nombor…

“Tak pelah dia penat kot…” bisik aku. Aku isi borang sambil tanya orang sebelah aku sebab macam biasalah borang dari jabatan berkaitan kerajaan memang sampai sekarang aku susah nak paham. Tak taulah mungkin diorang guna kaedah dari zaman P.Ramlie yang sampai sekarang tak tukar lagi.

Ting.. nombor aku naik.. aku pun dengan dengan lajunya pegi ke kaunter.. aku hulur borang. “Huh, muka awak lagi..”  aku kena herdik lagi.Kali ni aku dah mula rasa panas. Tak pe sabor…duit punya pasal. “Mana IC awak, bagilah sekali tak sekolah ker?”Oih sedapnya bahasa.. tak per duit belum dapat lagi. “Hah cap jari, tangan kiri tau jangan pakai hidung pulak..” Panas dah sampai telinga… “Nah kira, jangan nanti dah keluar kata tak cukup pulak..” Aku kira satu, dua, tiga….. hah cukup… masa untuk pembalasan Si Pitung.. Aku pun tanya elok-elok kat kat kerani tu.. ” Boleh tanya tak..?” “Sapa nama awak?”  Kerani tu dengan muka cipan kata ” Hah kenapa nak berkenalan ker?.. tak hingin aku dengan orang muka macam awak ni…”

“Bukan nak berkenalan, tapi nak pindah kan awak jadi tukang jaga motor posmen kat belakang” “Kalau dengan perangai awak yang macam musang lapor ni.. aku lagi 365 kali tak hingin… tentu menyesal sesapa yang jadi laki ko”. Puas hati aku… ” Hah nak komplen, komplen lah apa aku heran.” kata kerani ngok tu. “Ok kalau itu yang ko nak..” jawab aku. Serta merta aku telefon member aku (tak yah lah aku sebut keje kat ne dan jawatan ape). aku mintak dia datang sekarang jugak.

Dekat 30 minit aku tunggu member aku datang.. tak lama aku nampak sebijik Perdana Eksekutif hitam masuk. Yes, dia dah datang.. Member aku keluar dengan muka pucat, dia tanya “apasal ni, apa yang urgent sangat?” Aku pun bagitau apa yang jadi. Kemudian aku pun masuk semula ke Pejabat Pos dengan member aku tu. Korang tau apa jadi, muka kerani tu dah jadi macam muka hantu Cina. Pucat tak de darah..

“Sekarang cakap lah semula apa yang ko cakap kat aku tadi” aku mintak kerani tu ulang apa yang dia dah cakap. Senyap, tunduk, kaku macam kayu… puas hati aku…

Tapi walau macamana pun perkara tu selesai selepas dia mintak maaf dengan aku. Aku tau mesti dia bengang dengan aku punya.. tapi peduli apa aku.. kalau nak keje, keje lah dengan berhemah…..

Hah kubur… takutlah..!

Salam sejahtera..

Tetiba jer aku teringat masa aku kekecik dulu  aku telah ‘diarahkan’ untuk pegi mengaji… abah aku lah yang suruh tu.. Rumah guru mengaji tu lebih kurang 2.5 km dari rumah aku dan aku kena pegi mengaji waktu malam pulak tu. Paling malas aku nak pegi mengaji kalau malam tu ada cerita Combat.. tengah mengaji pun boleh teringat Vic Morror lah, Rick Jason lah… Oh ye ada lagi, crita Space 1999 ngan The Six Million Dollar Man.. pendek kata tetiap malam.. malas gi ngajilah.. he he Masa tu mana ada api letrik kalau nak tengok TV kena guna bateri keta ataupun generator, jalan tar… mana ada… yang ada jalan merah batu kerikil kalau hujan berselut.. hampeh..

Aku kalau nak pegi mengaji pukul 6:30 petang aku dah pegi dah nak basikal cabuk lagi tu.. korang tau pasal apa? Sebab nak pegi rumah guru mengaji tu kena lalu kawasan kubur. Entah kenapa waktu tu aku takut betul bila lalu kubur, mungkin sebab orang selalu kata kat kubur ada hantulah, ada jembalanglah, ada poconglah dan memacam lagi ayat yang kurang sedap tentang kubur nih.  Sampai aku sanggup tak balik dari rumah guru mengaji aku sebab aku orang yang last dan tak de kawan saing untuk balik. Last-last abah aku datang jemput…

Tapi bila dah berumur nih…(macam tak caya lak).. aku rasa kita kena ubah presepsi tentang kubur pada anak-anak kita. Bukan ke semua orang akan ke situ, dah tempah ke belum tetap ke situ  gak. Janganlah lagi kita kata kubur tu pusat segala hantu bagilah pandangan yang positif sikit. Kekadang aku pelik, terutamanya pada orang yang gila memancing.. pegi mancing tengah malam duduk sesorang kat tepi sungai tak takut walhal kalau nak cerita pasal hantu kat memana pun ada hantu. Tapi cuba suruh duduk kat kubur memalam.. “tak nak aku…tobat aku…!”.

Sapa lah agaknya yang memulakan cerita negatif pasal kubur ni yer? Sampai kita orang Melayu nih sentiasa dibayangi hantu-hantu yang berbagai spesis tu.. Agaknya kalau kita nak atasi masalah ni, kita kena buat piknik kat tepi kubur atau adakan aktiviti-aktiviti sihat yang berdekatan kubur barulah kita boleh berubah kot. Ye lah kalau dah selalu ada kubur.jpg kat kubur hantu pun fed up, pindah lah dia tu nanti. Yang si hantu ni pun satu, buat apa duk kat kubur.. duduk lah kat kelab malam ker, pub ker, rumah urut ker kan ke nyaman sikit.. he he

Oklah .. ubahlah pandangan kita pada kubur… rumah akhir kita semua tuh…

« Previous Entries